Kehidupan awal Yana_Samsudin

Yana lahir dan membesar di Yong Peng.

Yana dilahirkan pada 25 September 1984 di Yong Peng, Johor, semasa Awal Muharram, permulaan tahun baru bagi takwin Islam. Berbanding dua kakaknya yang dilahirkan di hospital, ibunya memilih untuk bersalin di kampung Yong Peng. Beliau merupakan anak ketiga daripada lima beradik, kepada pasangan Samsudin Jamuri yang berasal dari Yong Peng dan Suhaily "Elly" Abdullah berasal dari Serian, Sarawak, beliau berketurunan Melayu, Jawa dan Bidayuh. Yana merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Seni Layar di Universiti Teknologi MARA (UiTM). Adik-beradik beliau ialah Norliyati, Norliza, Muhammad Fahmi dan dan Norliahazwani.

Yana mewarisi bakat seninya dari bapanya. Bapanya pernah menganggotai kugiran tentera yang bernama The Gunners dari unit artileri. Beliau boleh bermain semua alat muzik dan menyanyi. Yana juga pernah menyertai Bintang RTM di Melaka dan berjaya mewakili zon Selatan, namun beliau hanya mampu ke suku akhir.

Rujukan

WikiPedia: Yana_Samsudin http://www.broframestone.com/2012/12/strawberi-cin... http://www.broframestone.com/2013/02/sekual-adnan-... http://www.budiey.com/norliana-shamsudin-pengarah-... http://www.budiey.com/sinopsis-siti-kelembai-lakon... http://www.facebook.com/yanasamsudin.fanpage http://www.facebook.com/yanasuperfriend.fanpage http://www.imdb.com/name/nm4204519/ http://instagram.com/yanasamsudin http://instagram.com/yanasuperfriend http://malaysianaccess.com/mawaddah-cinta-yana-sam...